ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Category 1

Sunday, August 22, 2010

Senarai Kebaikan Dan Kekurangan Pasangan Anda.


seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dalam majlis perkahwinan yang meriah dan gemilang. pengantin perempuan sungguh cantik dengan gaun putih dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang segak dan tampan. Setiap mata yang memandang sepakat setuju bahawa pasangan itu adalah secocok.
beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya.

"Abang,saya baru membaca beberapa artikal dalam majalah tentang bagaimana mahu mengukuhkan perhubungan kita dan tali perkahwinan kita" kata si isteri kepada suaminya dengan manja.
masing-masing akan mencatat apa hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia..

Suaminya bersetuju dan mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung dengan apa yang akan diperkatakan kelak. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dari benak fikiran mereka.

Keesokan harinya mereka sedia membincangkan. "saya akan mula dulu ya bang...", kata si isteri kepada suaminya. Lalu dia mengeluarkan senarai. Banyak sekali yang ditulisnya sehingga 3 muka surat. Ketika isteri membacakan satu persatu hal yang tidak disukainya terhadap suaminya,si isteri memperlihatkan air mata suaminya mulai mengalir...

"maafkan saya bang,apakah saya harus berhenti..?" tanyanya..
"oh tidak,teruskan sayang" jawab suaminya. Dan isteri terus membacakan kesemuanya yang tersenarai lalu kembali melipatkan kertasnya sambil senyum manis dan berkata "sekarang giliran abang pula membacanya".

Dengan pelahan suaminya berkata: " Abang tidak mencatatkan satu apa pun di atas kertas ini. Abang terfikir dirimu sudah sempurna dan abang tidak sekali-kali ingin mengubah dirimu  ".. " Abang mencintai dan menyayangimu seadanya, kamu terlalu cantik dan baik bagi abang, tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenagkanku sayangg.."

Isterinya tersentak dengan apa yang dikatakan oleh suaminya yang menerima dirinya seadanya.. Dia tunduk dan menagis.." Abang, maafkan saya....."



Tidak perlulah kita membuang masa memikirkan benda negatif tentang pasangan kita
Terimalah dia seadanya

No comments:

Dummy Text