ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Category 1

Saturday, August 7, 2010

Pelik tapi Benar tentang Pendidikan anak-anak

Marilah kita bermunasabah atau menilai kembali tentang amalan seharian kita. Adakalanya ia terbalik dan bertentangan dengan Ajaran Islam. Mungkin kita terlalu terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Apa salahnya kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir apakah amalan-amalan yang kita lakukan betul dan menepati apa yang di Perintahkan-Nya.???

PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Semua ibubapa bimbang kalau anak-anak mereka gagal dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya Kerana ketakutan itu mereka ibubapa sanggup mengeuarkan duit lebih untuk hantar anak ke Tuisyen. Tetapi sedarkah kita,sekiranya anak tidak boleh Membaca Al-Quran atau Jawi ,kita tidak bimbang bahkan tidak ada usaha untuk kita mengajar mereka. Jika guru Tuisyen dibayar Rm 20 satu mata pelajaran,8 kali hadir,kita sanggup,tetapi untuk hantar ke Tok Guru Al-Quran yang hanya kenakan Rm 15 sebulan kita tak sanggup pula. Bukankah amalan kita sudah terbalik ..? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak kita tidak dapat membaca Al-Quran kerana Kita akan dipersalahkan nanti, menjadi punca Utama mereka buta Al-Quran....


(mengajar dan mendidik anak adalah tanggungjawab ibubapa)

No comments:

Dummy Text