ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Category 1

Saturday, July 31, 2010

gagal..???? bagaimana mahu berjaya.!! ??


kita seringkali gagal dalam membuat sesuatu pekara..kenapa.?
bagi mencapai kecermelangan dan kejayaan,kita perlu mengubah minda atau mindset untuk berjaya.Orang yang tidak cenderung mencapai kecermelangan dalam bidang yang mereka ceburi,mereka tidak ada pemikiran bersungguh-sungguh untuk berjaya, tidak ada motivasi untuk belajar secara berterusan adalah mereka yang melihat negatif ke arah kejayaan.

apabila diteliti , mengapa sesuatu bangsa Boleh Berjaya dan mencipta peradaban yang gemilang.????
Jawapannya mudah, kerana mereka ada Pemikiran Untuk Berjaya,mereka mahu memperbaiki diri dan memperkasakan apa yang mereka miliki samada dalam Aspek Ilmu,Teknologi dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan penjelasan Allah dalam Al Quran Surah Al-Ra'd ayat 11 "Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka".

Kesimpulannya..
Indivindu memperolehi sesuatu mengikut apa yang diusahakannya. Sekiranya indivindu itu bermotivasi melakukan sesuatu bagi kepuasan dirinya sendiri,ia PASTI memperolehinya. Sekiranya dia melakukan sesuatu bagi mndapat pengiktirafan orang lain juga,sudah pasti dia mendapat pengiktirafan itu dan sekiranya dia tidak bermotivasikan dalam melakukan sesuatu,dia tidak memperolehi apa-apa pun. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

TIP MAHU KURUSKAN BADAN TANPA MAKAN UBAT!


tip mahu kuruskan badan.

Harini saya mahu kongsikan kepada anda bagaimana mahu kuruskan badan tanpa memakan ubat,tanpa menggunakan teknologi terkini,dan tiada risiko untuk jejaskan kesihatan anda..dijamin..
apa yang anda perlu buat adalah kena "yakin" pada diri anda sendiri dan . Caranya mudah.
Pertama sekali anda perlu mengambli baju lama yang anda tidak muat pakai ataupun membeli baju baru yang saiznya sedikit kecil daripada saiz badan anda sekarang..
Kedua,anda perlu gantungkan baju tersebut dibilik tidur anda yang mudah selalu anda lihat ..
Kemudian anda perlu katakan pada diri anda sendiri " aku akan pakai baju yang kecil ini, suatu hari nanti"..
Tiap-tiap hari anda memandang pakaian tersebut dengan secara sendirinya anda sendiri akan menjaga menjaga pemakanan anda, bersenam selalu dan dan sebagainya supaya impian anda untuk memakai pakaian tersebut tercapai.. Cubalah sekarang....


Wednesday, July 28, 2010

top 10 kereta Polis.Adalah MALAYSIA TERSENARAI????

Dalam Dunia terdapat pelbagai kenderaan Polis digunakan di negara masing-masing. Akan tetapi terdapat 10 kenderaan yang paling moden digunakan..Antaranya:-


[No 10]. Volksvagen GTI ( Dubai )

GTI police

Digunakan di Dubai sebah negara yang sedang meningkat naik pembanggunannya. Penggunaan VolksvagenGTI diharap dapat menjaga imej negara berkenaan yang mempuyai banggunan tertinggi didunia.


[No.9] Holden VE Commodore (Australia)

holden_commodore_ve_police_car_main630-0428-630x360

Daripada warna biru sudah melambangkan kenderaan ini sesuai digunakan oleh pihak polis. Salah satu benda yang menarik mengenai kenderaan ini adalah deruman enjinnya boleh menaglahkan deruman dari Toyota(enjin Silvertop) dan juga Honda(enjin 4E Blacktop)

[No.8] Ford Mustang GT ( USA )

USA Ford Mustang 02

Mustang sesuai dengan namanya yang agak nostagia tetapi ia masih lagi bertahan walaupan jenama kenderaan lain seusia dengannya sudah lama dilupakan. Inilah mustang, bak kata pepatah " lagi tua lagi berisi"

[No.7] Porsche Caynne Turbo ( RUSSIA )

caynnepolice

Kenderaan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar kereta terkenal iaitu Porsche.
Walaupun menggunakan minyak 100 liter setiap 100 km, tetapi pihak berkuasa Russia tetap menggunakannya supaya setanding dengan sistem pertahanan negara mereka.

No.6 Nissan Skyline (Japan)

skyline_gtr_police_car

Jepun adalah sebuah negara pengluar kenderaan seperti Honda,Toyota,Nissan dan macam-macam lagi. Pihak berkuasa Jepun terpaksa menggunakan kenderaan berkuasa tinggi bagi menagani jenayah di negara berkenaan. Tidak praktikal sekali jika menggunakan kenderaan biasa bagi mengejar kesalahan trafik dinegara Jepun..malu beb kalau kena tinggal nanti..

[No.5] Mitsubishi Evo X (England & Malaysia!!! )

Mitsubishi-Lancer-Evolution-X-Police-1

polis-evo-malaysia

Ya.MAlaysia ada tersenarai! . Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga sekali, kenderaan Polis dinegara kita lebih lagi maju dari negara jiran kita Singapore. Mitsubihi amat popular dikalangan mat2 rali termasuk Felda Rali. Dengan bentuk lampu hadapan yang garang diharap dapat menakutkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati dan tidak melangar kesalahan trafik. Dengan menggunakan 320 kuasa kuda dan enjin 200 cc, penggunaannya amat praktikal terutamanya di lebuhraya.

[No 4] BMW M3 (Belanda)

m3-police-2

Jeremy Clarkson ( Top Gear) amat meminati kereta ini kerana ia boleh memecah kelajuan sehingga 300 kmpj !. sungguh hebat!. Dengan bodynya yang tahan lasak disamping jenama yang terkenal didunia, BMW M3 telah menawan hati pihak berkuasa Belanda untuk menggunakannya. BMW jatuh ke tempat 4 Dunia.

[No. 3] Brabus Rocket (Jerman)

brabus_rocket_cop_car1

Jangan di sebut kalau ia tidak power. Walaupun namanya tidak berapa popular disini, Brabus Rocket merupakan asalnya MercedesBenz CLS C219 yang diubah suai oleh Pakar Jerman menjadikan Brabus. Apa yang menajubkan adalah ia boleh ia boleh memecah kelajuan sebanyak 336kmpj.

[No. 2] Porsche 911Brabus Rocket (Jerman)

prosche911 police

Porsche 911Brabus Rocket dari negara Jerman masih lagi menjaga standart mereka. Dengan menggunakan kepakaran mereka sandiri,model ini telah direka khas oleh sebuah syarikat di Jerman untuk menambahkan lagi kelajuannya. Hasilnya menggunakan kepakaran beberapa jurutera,kenderaan ini boleh mencapai 100 kmpj dengan hanya mengambil masa selama 4.6 saat sahaja.

[No. 1] Lamborghini Gallardo LP 560-4 (Italy)

lamborghini-gallardo-lp560-4-polizia_design-top-news-10

Nombor SATU jatuh kepada Lamborghini Gallardo LP 560-4 dari Itali.!! Sebut sahaja Lamborghini, pasti ramai yang mengenali kenderaan ini. Dengan harga yang melebihi RM 200 Juta seunit, ia boleh "melambongkan" kenderaan jenama dunia lain seperti Skyline,Porsche,Brabus,Honda supaja jauh kebelakang. Model LP560-4 ini mampu menghasilkan 560Kuasa Kuda dan kelajuan 100kmpj hanya megambil masa 3.4saat sahaja. Hebat bukan..


percubaan


percubaan pertama untuk belajar membuat blog...
belajar sesuatu yang baru pada setiap hari adalah satu benda yang baik daripada tidak buat apa-apa.


"masih dalam pembinaan"

Mari Melawat Muzium PDRM

   

Muzium PDRM telah diilhamkan oleh PGB Waller pada tahun 1950. Beliau ialah seorang Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis. Perasmian pertama Muzium PDRM adalah pada 09 Januari 1961 oleh DYMM ke 3. Pada tahun 1983 perancangan membina Muzium baru telah diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Pada tahun 1997 Muzium PDRM telah siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium PDRM telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi ketika itu(Perdana Menteri Malaysia masa kini).

Galeri Muzium PDRM terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Muzium PDRM turut membuat pameran di sekitar bahagian luar muzium PDRM. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM.Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.

Guna anak halau hantu - DUNIA Sekarang

Oleh ADAM SALLEH dan NAZARALI SAERIL
metahad@hmetro.com.my
2010/03/28

Guna anak halau hantu

KUALA LUMPUR: Sudahlah rumah tangganya porak peranda dan dia terpisah dengan anak perempuannya yang baru berusia dua tahun, lebih menyedihkan dia dimaklumkan anak tunggalnya itu kini direkrut atau dilatih sebagai penghalau hantu.
Lokman berkata, selepas berkahwin pada 2007 dia mendapati isteri dan keluarga mentuanya amat rapat dengan ‘Wanita Suci’ itu dan khidmatnya digunakan untuk mengubati seorang anggota keluarga yang sakit.

“Ketika itulah saya mula mengenalinya. Pada pandangan saya, dia dan seorang lelaki dari Timur Tengah yang dipanggil Tok Sheikh bagaikan pemimpin ajaran sesat. Namun, pengikut mereka tidak ramai, hanya terhad kepada beberapa keluarga, termasuk keluarga mentua saya.

“Tok Sheikh yang memberi gelaran kepada wanita itu sebagai ‘Wanita Suci’ dan semua pengikutnya juga memanggilnya dengan dengan gelaran itu,” kata Lokman dalam pertemuan dengan Metro Ahad, di sini, baru-baru ini.

Mengimbau detik bermula petaka dalam perkahwinannya, Lokman berkata ia berlaku selepas dia enggan mengikuti permintaan isteri serta mentuanya supaya percaya pada segala yang dikatakan oleh ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.
“Mereka kata Tok Sheikh mampu meramal masa depan dan ‘Wanita Suci’ pula ada kelebihan menghalau hantu. Bagaimanapun, saya enggan menuruti kehendak mereka dan tidak percaya langsung dengan perkara khurafat seperti itu,” katanya.

Lokman berkata, disebabkan enggan memberi kerjasama, ‘Wanita Suci’ serta Tok Sheikh mempengaruhi isteri serta keluarga mentua untuk menghalaunya daripada kehidupan mereka. Pada hujung 2008, beberapa bulan selepas dianugerahkan anak perempuan, Lokman mengambil keputusan menceraikan isteri kerana tidak tahan lagi dengan kepercayaan khurafat mereka.

Sejak itu, Lokman dihujani lebih 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) cacian dan maki hamun daripada bekas isterinya. “Antara perkara buruk berlaku terhadap saya selepas berpisah ialah dibelasah dua lelaki di depan bekas isteri serta seorang lelaki didakwa teman barunya hanya kerana saya mahu menyerahkan surat mahkamah kepada ‘Wanita Suci’ terbabit yang tinggal dengan mereka.

“Saya berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis. Saya turut diberikan hak penjagaan anak oleh mahkamah tetapi hingga kini gagal menuntutnya kerana dilarikan bekas isteri serta ‘Wanita Suci’ itu,” katanya.

Dalam masa sama, ‘Wanita Suci’ itu serta bekas isterinya juga pernah melarikan anak Lokman ke Timur Tengah untuk bersama-sama dengan Tok Sheikh dan mereka gagal dikesan hingga kini.
Dalam usaha menjejak anak kesayangannya, Lokman berkata dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang perempuan yang mendakwa dirinya juga menjadi mangsa kegiatan ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.

Lokman berkata, perempuan itu memberitahu dia dan suaminya juga bercerai angkara ‘Wanita Suci’ dan lebih menyedihkan ‘Wanita Suci’ turut merampas suaminya. “Perempuan itu turut memaklumkan berita mengejutkan mengenai anak saya. Katanya, anak saya digunakan oleh ‘Wanita Suci’ untuk mengesan dan menghalau hantu di rumahnya.

“Kata perempuan itu, anak saya dibawa oleh ‘Wanita Suci’ ke rumahnya dan dia melihat anak saya merangkak seperti kucing mengelilingi rumah sebelum menuding jari ke beberapa bahagian rumah sambil menyebut hantu. “Apabila selesai, ‘Wanita Suci’ mula menjalankan upacara menghalau hantu sebelum keluar dari sana dan mengatakan kediaman itu sudah bebas daripada hantu yang berkeliaran,” katanya. Lokman bagaimanapun tidak tahu bagaimana anaknya direkrut hingga mampu melakukan tugasan tidak masuk akal itu.

Menurut eksekutif sebuah syarikat swasta di Sabah itu, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk berhubung dengan anak kesayangannya tetapi gagal. “Bagaimanapun, menjelang Aidilfitri tahun lalu, bekas mentua menghubungi saya untuk bertemu serta menunjukkan gambar terbaru anak yang dihantar bekas isteri. “Bekas mentua turut berpesan supaya saya memujuk kembali bekas isteri supaya kembali ke pangkal jalan serta mendapatkan anak dan jika masih berpeluang, bersatu kembali sebagai suami isteri,” katanya yang memberitahu sudah membuat tujuh laporan polis di Sabah mengenai salah laku ‘Wanita Suci’ dan kehilangan anaknya.

Urut batin sebenarnya onani

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my


AHMAD menunjukkan teknik urutan pada bahagian kaki pelanggannya di Petaling Jaya baru-baru ini.


MENURUT pengalaman pengunjung-pengunjung pusat urut di sekitar Lembah Klang, kaedah urutan batin yang ditawarkan di rumah berkenaan sebenarnya adalah khidmat melakukan onani.
“Bezanya ia dilakukan menggunakan tangan tukang urut wanita sehingga pelanggan khususnya lelaki, mencapai klimaks dan mengeluarkan air mani,” akui lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 29, yang tidak menafikan sekadar mencuba-cuba urutan batin yang sering disebut teman-temannya.
Menurut Man, urutan batin merupakan satu perkhidmatan yang khusus, bukan sebahagian daripada pakej urutan badan dan lain-lain.
“Pusat urut itu melabel perkhidmatan itu sebagai urut batin ketika menawarkannya,” tambah Man.
Bagaimanapun, pakar urut tradisional yang sudah bertahun-tahun melakukan urutan pemulihan tenaga batin menegaskan urutan sebenar tidak melibatkan pengeluaran air mani.

Teknik
“Apa yang kami lakukan ialah mengurut bahagian badan yang mempunyai kaitan dengan anggota sulit itu dan mencari urat di sekitar alat sulit pelanggan untuk ‘dibetulkan’.
“Ia sama ada mengurut untuk membuang angin, membetulkan urat atau memecahkan lemak,” ujar seorang pengusaha kedai bekam dan resdung di Kampung Dato’ Harun, Petaling Jaya, Ahmad Husin, 34.
Berpengalaman melakukan urutan pulih batin sejak lebih lima tahun lalu, Ahmad yang berguru dengan beberapa pakar urut tradisional menjelaskan, urutan batin tidak bertumpu kepada bahagian zakar dan buah zakar semata-mata.
“Sebaliknya antara bahagian badan lain yang terlibat termasuklah pinggang, labu atau belakang betis, tapak kaki, bawah buah zakar dan bawah pusat sehingga ke zakar.
“Teknik urutan juga bukan sembarangan. Contohnya, jika mengurut di sepanjang zakar, teknik yang digunakan ialah melurut sedangkan pada bahagian buah zakar, teknik urutan yang digunakan ialah mengasak,” terangnya.
Tambah Ahmad, urutan pulih batin yang sebenar juga tidak melibatkan rasa ghairah atau rangsangan ke arah keinginan mencapai kepuasan seksual.
“Seharusnya, ketika diurut pelanggan akan berasa sakit dan senak kerana teknik mengurut adalah sama seperti mengurut bahagian badan yang lain.
“Keadaan zakar menegang biasanya berlaku apabila darah mengalir lancar setelah urutan menggunakan teknik mengasak dilakukan pada buah zakar dan bahagian bawah zakar tetapi ia masih tidak menyebabkan pelanggan berasa ghairah,” dedah Ahmad.
Pendakwah bebas dan pakar motivasi kekeluargaan, Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula menjelaskan, urutan batin yang dilakukan semata-mata untuk berseronok adalah haram.
“Jika seorang lelaki itu mengalami masalah lemah tenaga batin, ia akan menjadi satu bentuk penyeksaan kepada isteri kerana tidak mendapat nafkah batin.
“Dalam keadaan itu, kalau lelaki berkenaan tidak berubat maka isterinya boleh meminta fasakh daripada suaminya. Itulah tahap keseriusan keadaan ini.
“Hukum berurut batin jatuh dalam kategori harus jika ia berkesan memulihkan masalah kesihatan dan keharmonian rumah tangga.

Zakar lebam
“Bagaimanapun sekiranya urutan batin tidak mampu menyelesaikan masalah dan sebaliknya cenderung ke arah kepuasan seksual, maka hukumnya haram,” kata Wan Akashah.
Jelas Wan Akashah, urutan batin ke atas lelaki tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita kerana ia melibatkan alat sulit.
Wan Akashah turut menyuarakan kebimbangannya terhadap segelintir suami yang cenderung mendapatkan urutan batin onani kerana ia boleh menyumbang kepada kepincangan rumah tangga.
“Bayangkan si suami lebih puas ‘berurut batin’ di rumah-rumah urut berbanding ketika bersama isteri sendiri,” kata beliau. Katanya lagi, banyak masalah baru akan timbul apabila suami sudah tidak berkeinginan terhadap isteri masing-masing.
Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Tambi, 59, menyangkal kebenaran kelebihan mengurut zakar. “Mustahil urutan dapat membesarkan, memanjangkan, memulihkan mati pucuk, mahupun meningkatkan prestasi zakar seseorang.“Ini kerana anggota sulit ialah organ vaskular (yang dipenuhi salur darah) dan tidak boleh diurut. Ia sama seperti bahagian leher dan buah dada.
“Jika bahagian ini diurut secara kasar, dikhuatiri ia akan menyebabkan kerosakan dalaman yang boleh mencacatkan anggota itu.“Sudah ramai pesakit yang datang kepada saya dengan zakar yang lebam, bentan dan terkulai akibat melakukan urutan batin. “Saya faham, ramai yang tertarik untuk menjalani urutan seperti itu kerana tertekan dengan masalah yang dihadapi. Tetapi fikirlah baik-baik.
“Tidak mustahil masalah batin mereka itu berpunca daripada penyakit lain seperti kencing manis, ketidakseimbangan hormon atau tekanan darah tinggi.
“Jika masalah mati pucuk berpunca daripada penyakit-penyakit ini, kemungkinan masalah lain pula akan timbul andainya pesakit menemui tukang urut yang turut menggunakan ubat berasaskan herba.
“Sebab itulah saya meminta individu yang mempunyai masalah zakar agar merujuk pakar perubatan terlebih dulu sebelum mengambil tindakan sendiri,” cadang beliau.

TM Aero Network Sdn Bhd: Streamyx Pakej Untuk Rumah - Macam2 Ada

  

TM Aero Network Sdn Bhd: Streamyx Pakej Untuk Rumah - Macam2 Ada

Transform Your Home Office In A Box Cool UNI Pack Cool UNI Pack OIAB Enhancement  

Dummy Text