BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh
diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca
Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan
keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup
kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang
di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah
meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf
kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu
salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha
Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak
mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7)
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap
kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah
memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka
dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca
surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil
berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca
kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang
mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil
mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian
tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke
kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah
sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas
dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga
dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan
yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan
lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 relax jer....
Friday, February 25, 2011
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Tuesday, February 1, 2011
TELEFON DIGITAL AL-QURAN - MESTI MAHU ~ Putera30 PhotoGrapher And Designer
TELEFON DIGITAL AL-QURAN - MESTI MAHU ~ Putera30 PhotoGrapher And Designer
Namun, zaman telah berubah. Penggunaan internet dan komputer telah banyak mendominasi masa kita. Sehingga kita terleka dan tidak sempat untuk membaca Al-Quran. Hari demi hari, hati mulalah terasa gersang. Ketandusan baja iman.
Mujur kini terdapat sebuah syarikat Malaysia yang mengambil insiatif untuk memudahkan urusan pendekatan diri kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Kunci utama di dalam memiliki hati dan kehidupan yang tenang.
- LENGKAP AL-QURAN 30 JUZUK
- TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA & 20 BAHASA ANTARABANGSA
- WAKTU SOLAT & ARAH KIBLAT
- 99 NAMA ALLAH
- 2 SIM KAD
- 25 RINGTONES
- BLUETOOTH, FM RADIO, MP3, MP4, E-BOOK
- KAMERA 1.3 MEGAPIXELS
- PERAKAM VIDEO DAN SUARA
- JAMINAN 1 TAHUN
- WARNA HITAM DAN PUTIH
- 40 HADIS
SEKIRANYA ANDA BERMINAT SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK KETERANGAN LANJUT. JIKA ANDA INGINKAN ANDA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN ATAU BERKUNJUNG KE GERAI PAMERAN DI PUSAT MEMBELI BELAH GREENTOWN MALL, IPOH. ANDA BOLEH MEMBELI SECARA TUNAI ATAUPUN SECARA ANSURAN MENGIKUT KADAR DAN JENIS MODEL TELEFON YANG ANDA KEHENDAKI. TERIMA KASIH.
Tuesday, January 25, 2011
BLOG PILIHAN - BLOG CHANTIK DAN CEPAT
Kasihnya Laila Blog |
Monday, January 24, 2011
BLOG HIGH RANKING PILIHAN SAYA - 1000 PENGUNJUNG SEHARI
BLOG SILAT SENDENG - TINGGALKAN JEJAK ANDA !
Silat dalam ertikata yang luas tidak sahaja terhad kepada seni beladiri semata-mata malahan mengandungi cirri-ciri warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu sejak beratus tahun yang lalu. Disini dipaparkan sebahagian dari tatacara dan warisan tersebut yang menyentuh adab belajar, rukun perguruan, tatacara berpakaian dan peralatan gendang silat.
Adab Belajar
Sebagai salah satu daripada warisan budaya Melayu yang berlandaskan syariat Islam, Seni Silat Sendeng amat menekankan adab-adab yang seharusnya diamalkan semasa mempelajari dan mempraktikan Seni Silat Sendeng. Adab belajar disimpulkan oleh Haji Abdul Hamid melalui kata-kata berikut:-
"Kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba. Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat, ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "
HAPUSKAN Lambang Zionis Israel dalam Pc anda......
HAPUSKAN Lambang Zionis Israel dalam Pc anda......
SALAM !! ,rakan2 sekalian dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.SEBARKAN SEMAMPUNYA.
IA ADA DALAM PC@LAPTOP ANDA SEMUA!
LANGKAH2NYA..
Masukkan C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10 kemudian,ENTER.
Akan keluar seperti ini..
kemudian,cari no ini.. J0285926
dan OPEN
DAN AKAN KELUARLAH LAMBANG YAHUDI DAN ALAT2 SEMBAHYANG MEREKA DISEMUA KOMPUTER YANG ADA DI DUNIA INI.. TUGAS KITA,DELETE KAN..
CUBA FIKIR,APA SEBAB LAMBANG TERSEBUT DILETAKKAN DALAM KOMPUTER KITA???
Sunday, January 16, 2011
Tanggungjawab suami isteri
Thursday, January 13, 2011
FACEBOOK TIDAK DITUTUP ~ Putera30 PhotoGrapher And Designer
FACEBOOK TIDAK DITUTUP ~ Putera30 PhotoGrapher And Designer
FACEBOOK !! NEVER CLOSE !
Adakah ini perkara yang sebenarnya ? Jika benar kita tunggu je tarikh keramat yang akan diumumkan oleh penaung besar Facebook " Mark Zuckerberg " . Jika benar ia ditutup marilah sama-sama kita save semua perkara yang kita simpan di Facebook. Jika tidak kita akan menyesal kerana tidak lagi berpeluang melihat entri popular serta gambar kenangan yang kita miliki. Jika ia hanya ura-ura mencari publisiti kita patut berseronok kerana masih berpeluang mencari teman-teman yang telah lama kita berpisah. Banyaklah lagi entri yang bakal kita ceritakan serta menikmati gambar-gambar yang penuh bermakna.
Coretan mengenai Facebook yang bakal ditutup atau tidak semuanya disini :
ADAKALANYA IA BENAR DAN ADAKALANYA IA HANYA GOSIP PANAS. Jika sudah tersurat ia ditutup, kepada pakar-pakar laman web malaysia. Binalah laman web Facebook Malaysia sendiri. Kita masih berpeluang!!!
Sekian Terima Kasih.
Tuesday, January 11, 2011
fakta menarik 11.1.11
"apakah suatu perubahan yang kita akan buat supaya hari ini lebih baik dari semalam...."
apakah perubahan anda selapas tarikh 11/1/11..????
fikirkan... dan selamat2 beramal...
kisah ayah dan anak yang perlu diambil iktibar
Pada suatu pagi, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang berehat.“Ayah, ayah” kata sang anak…
"Ada ape?" tanya sang ayah…..
"saya penatla ayah, penat , penat sangatt … saya penat kerana saya kena belajar mati matian untuk mendapat keputusan yang baik sedangkan kawanku senang dapat keputusan yang cemarlang dengan hanya meniru sahaja.. saya penat.. penat..!"
"saya penat karena saya kena membantu ibu membersihkan rumah, sedangkan kawanku punya pembantu rumah, saya ingin kita juga perlu ada pembantu rumah juga.. saya penat, penat!.."
"saya penat karena saya harus simpan duit setiap hari, sedangkan kawanku mudah beli apa sahaja tanpa perlu menabung setiap hari..."
"saya penat ayah, sangat penat kerana harus menjaga lisanku agar tidak menyakiti hati sesiapa pun, tapi kawan-kawanku senang sahaja menghina apa dengan pelbagai kata.. saya penat..penat!.."
"saya penat, sangat penat karena saya perlu menjaga sikap agar menghormati orang lain,sedangkan kawanku semua mudah sahaja mengherdik aku dihadapan orang ramai tanpa perasaan bersalah pun..saya malu ayah..saya dah penat..dah penat buat baik..." kata-kata anaknya itu membuatkan dirinya berasa hiba dan sedih..
Kemudian si ayah hanya tersenyum dan mengurut kepala anaknya yang berusia 7 tahun itu sambil berkata:- "anakku,mari ikut ayah ,ayah nak tunjukkan sesuatu...". Lalu si ayah menarik tangan anaknya kemudian mereka menyusuri sebuah jalan yang sangat lecak,banyak duri, serangga, nyamuk, lumpur, dan unggas… lalu si anak pun mulai mengeluh ” ayah nak bawa saya kemana ni?? saya tak suka jalan ni, tengok kasut saya dah kotor, kaki saya dah luka kena duri, badan saya di gigit nyamuk, dan nak berjalan pun susah ayah. saya bencilah jalan ni..." si ayah hanya berdiam diri.
Dalam beberapa minit, mereka pun telah sampai ke sebuah telaga yang cantik, airnya yang segar dan dingin, ada beberapa rama-rama beterbangan,dan pepohon yang rendang yang mengasikan mata yang memandang.
“Wwaaaah… !!! tempat apa ini ayah? saya suka! saya suka ayah.. saya suka tempat ini!” si ayah masih mendiamkan diri lagi dan kemudian duduk di bawah pohon yang rindang beralaskan rumput hijau..
“sini anakku, mari dekat dengan ayah ” ujar si ayah, lalu si anak pun ikut duduk di samping ayahnya.
” Anakku, tahukah kau mengapa di sini begitu sepi? padahal tempat ini begitu indah…?”
” Tidak tahu ayah, kenapa ya.?”
” Itu karena orang orang tidak mau menyusuri jalan yang teruk tadi, padahal mereka tahu ada telaga di sini, tetapi mereka tidak boleh bersabar dalam menyusuri jalan itu”
” Ooh… berarti kita orang yang sabar ya yah? Alhamdulillah”
” a'aa.., akhirnya kau mengerti”
” Mengerti apa? saya tidak mengerti apa-apa pun.”
” Anakku, kita perlu sabar dalam belajar, kita perlu sabar dalam bersikap baik, kita perlu sabar dalam kujujuran, kita perlu sabar dalam setiap kebaikan agar kita mendapat kemenangan, seperti jalan yang tadi… bukankah kau harus sabar saat ada duri melukai kakimu, kau harus sabar saat lumpur mengotori kasutmu, kau harus sabar mengharungi nyamuk dan kau pun harus sabar saat dikelilingi serangga… dan akhirnya semuanya 'TERBAYAR' kan? ada telaga yang sangatt indah.. seandainya kau tidak sabar, apa yang kau dapat????? kau tidak akan mendapat apa apa anakku, oleh kerana itu ber'sabar'lah anakku...”
” Tapi ayah, tidak mudah untuk bersabar ”
” Aku tau, oleh kerana itu ada ayah yang menggenggam tanganmu agar kau tetap kuat … begitu pula hidup, ada ayah dan ibu yang akan terus berada di sampingmu agar saat kau jatuh, kami boleh membantumu, tapi… ingatlah anakku… ayah dan ibu tidak selamanya bisa memantumu saat kau jatuh, suatu hari nanti, kau harus bisa berdiri sendiri… maka jangan pernah kau gantungkan hidupmu pada orang lain, jadilah dirimu sendiri… seorang pemuda muslim yang kuat, yang tetap tabah dan istiqamah karena ia tahu Allah swt ada di sampingnya… maka kau akan dapati dirimu tetap berjalan menyusuri kehidupan saat yang lain memutuskan untuk berhenti dan pulang… maka kau tahu juga akhirnya kan?”
” Ya ayah, saya tau.. saya akan dapat Syurga yang indah yang lebih indah dari telaga ini … sekarang saya mengerti … terima kasih ayah.. ”
Si ayah hanya tersenyum sambil menatap wajah anak kesayangannya dengan seribu kepuasan..